Sebelum tu, korang kena tau apakah dimaksudkan dengan Insurans & Takaful.
Insuran adalah pelan perlindungan diri secara konvensional atau bahasa mudahnya mempertaruhkan nyawa untuk melindungi diri jika berlaku musibah.
Segala pelaburan dan simpanan (jika ada) tu, dilaburkan ke pasaran terbuka dan aqadnya tidak bersuaian dengan prinsip islam iaitu perjudian, gharar, muamalah riba' dan jelas telah difatwakan sebagai Haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Klik Disini untuk korang nak tahu lebih lanjut.
Takaful adalah pelan perlindungan diri secara bantu-membantu sesama keluarga jika berlaku musibah kerana sumbangan korang dimasukkan dalam 1 tabung yang dipanggil Tabarruq. Segala pelaburan dan simpanan (jika ada) tu, dilaburkan ke pasaran yang berlandaskan syariah (iaitu bersesuaian dengan prinsip Islam).
Berikut saya ambil dari petikan di dalam website
http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram
Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam.
Dewasa ini tiada lagi alasan darurat yang mendesak umat Islam untuk tidak mengambil dan menggunakan produk-produk perlindungan berasaskan takaful yang patuh syariah. Bahkan menjadi kewajipan pada mereka untuk mendokong produk-produk berasaskan takaful, sebagai menggantikan produk-produk konvensional yang diharamkan dalam Islam.
Sekarang ini pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang patuh syariah di Malaysia sebagimana dipaparkan dalam web BNM[6].
Syarikat-syarikat tersebut ialah:
Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT. [1] Rasulullah SAW bersabda;
وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2] رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن
Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).
Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional.
Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram. Berikut dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:
KESIMPULAN
Islam mewajibkan umat Islam mencari sesuatu halal dalam segenap perkara. Sehubungan itu, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk meninggalkan produk-produk perlindungan insurans konvensional kerana ia adalah produk yang tidak diharuskan dalam Islam.
Justeru, umat Islam di negara sewajarnya memastikan mereka hanya menggunakan produk-produk perlindungan takaful yang berteraskan Islam yang patuh syariah.

- AIA AFG Takaful Bhd
- AmFamily Takaful Berhad
- CIMB Aviva Takaful Berhad
- Etiqa Takaful Berhad
- Great Eastern Takaful Sdn Bhd
- Hong Leong MSIG Takaful Berhad
- HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
- ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
- Prudential BSN Takaful Berhad
- Syarikat Takaful Malaysia Berhad
- Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
- MAA Takaful Berhad.