Assalamu alaikum W.B.T dan salam sejahtera kepada pengunjung kami.
Korang sume dah tau kan apa itu Insurans dan Takaful pada 1.0, so sekarang kita pergi ke seterusnya.
Semua pengendali Takaful di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Bukan tu saje, malah harga pun dah ditetapkan oleh BNM. So, apa beza nya tiap satu? Jawapannya, "tetap berbeza". Bezanya adalah kriteria yang akan saya tunjukkan ni.
Disini saya akan menunjukkan panduan kepada korang tentang pemilihan pelan takaful medical card yang terbaik dan info kriteria yang korang mesti kena tahu dulu sebelum memilih.
5 KRITERIA yang perlu diselidiki mengikut turutan:
i. Jaminan perlindungan
ii. Had tahunan
iii. Pelan takaful
iv. Pelaburan & Simpanan
v. Agent
JAMINAN PERLINDUNGAN
Auto Renewal / Yearly Renewal
Maksudnya, setiap tahun TIDAK dijamin oleh pengendali berdasarkan polisi yang kena 'renew' tiap-tiap tahun. Contohnya, jika korang kena penyakit kritikal iaitu serangan jantung, maka hanya pada tahun itu je yang korang di 'cover'. Tahun-tahun berikutnya dah tak 'cover' dan terpaksa pakai duit simpanan dan poket sendiri.
Guarantee Renewal
Maksudnya, setiap tahun dijamin oleh pengendali berdasarkan polisi yang korang kena 'carry' sampai bila-bila. Apa benda yang dijamin? Yang dijamin ialah jika korang kena penyakit kritikal contohnya serangan jantung, so tiap-tiap tahun kena serangan jantung pun di 'cover'. Macam nilah korang kena ambil.
Inflasi
Adakah pengendali Takaful tu menjamin inflasi korang? Inflasi ni adalah perbezaan harga 20 tahun akan datang ditolak dengan harga tahun ini. Harga perubatan sekarang tak sama dengan harga perubatan lagi 20 tahun, maka ini dipanggil inflasi.
Perlindungan Menyeluruh 'Full Coverage'
Perlindungan penuh ini menjamin korang daripada membayar 10 % daripada jumlah bil hospital, iaitu dikenali sebagai Ko-Takaful. Perlindungan ini juga melindungi daripada semua penyakit biasa, penyakit kritikal, dan kemalangan serta tidak membebankan anda daripada membayar lebihan bil hospital.
Situasi:
Jika korang masuk hospital, sebarang bil perubatan, rawatan, pembedahan, bilik wad, ubat-ubatan dan sebagainya ditanggung sepenuhnya 100 % oleh pengendali takaful.
Kenaikan Harga Premium
Korang kena tahu, adakah pengendali takaful tersebut menjamin tiada kenaikan harga daripada korang ambik sampai lah umur korang 100 tahun? Elakkan daripada kenaikan harga setiap setahun atau setiap 5 tahun. Ini berpunca daripada kemahiran pengurusan tabung tabarruq dan inflasi yang mendadak.
HAD TAHUNAN
Had tahunan sangat penting yang korang kena ambik tahu berbanding dengan Had Seumur Hidup.
Had Tahunan
Had Tahunan ni seperti kredit korang (macam kredit henfon). Korang tak boleh guna lebih daripada kredit yang dibenarkan. Kalau lebih kena bayar sendiri. So korang kena ambil kredit yang tinggi kerana ini adalah masa depan korang. Korang sekarang tak tahu berapa jumlah kredit yang nak kena pakai sebab korang bukan nak pakai dalam tempoh 5 tahun ni je. Korang rasa cukup ke had tahunan korang RM60,000 setahun? Minimum yang saya cadangkan kat korang mesti RM100,000 setahun. Kenapa? Sebab rawatan perubatan setahun memerlukan kos yang tinggi mengikut had penyakit dan umur.
Ada dua (2) penyakit yang memerlukan rawatan susulan yang panjang dan kos rawatan yang mahal iaitu Kanser dan Buah Pinggang. Ini pengalaman saya keatas arwah bapak saya sendiri yang kena kanser. Rawatan susulan seminggu sekali dan sekali rawatan RM400 pada tahun 2000 - 2003. Sebulan habis RM1,600 hanya untuk rawatan saje. Kalau setahun dah cecah RM20k. Ubat yang dibawa balik bayar asing.
Had Seumur Hidup
Bagi saya, had seumur hidup tak penting. Ini kerana kuncinya adalah, korang tak akan pakai setiap bulan kredit yang banyak kecuali pada tempoh tahun yang tertentu saje. So, banyak pengendali meletakkan 'No Limit' kepada Had Seumur Hidup atas medical cardnya. Tetapi kena juga berhati-hati kerana pengendali yang meletakkan 'No Limit' ini jaminannya adalah Auto Renew / Yearly Renew bukan Guarantee Renew.
PELAN TAKAFUL
Ambiklah pelan takaful yang mempunyai kombinasi 5 dalam 1 akaun seperti ini:
Medical Card + Pampasan + Simpanan + Pelaburan + Sumbangan Percuma
Seperti yang saya bagitau tadi, semua pengendali dan harga setiap unit dibawah seliaan BNM. Oleh itu, tetap juga setiap pengendali berbeza harganya. Kenapa jadi begitu? Ini kerana saiz pelan atau pakej nya. Setiap pengendali mempakej kan medical cardnya berbeza.
Sebagai contoh dalam medical card:
Elaun Harian jika dimasukkan dalam Hospital - elaun ni ibarat gaji kita. Gaji sebab masuk hospital. Elaun ini sangat penting bagi kita sekarang kerana elaun itu sebagai pampasan kepada kita kerana tidak bekerja pada hari itu. Ada pengendali tak berikan pelan ini didalam medical cardnya, malah kalau nak, kena tambah lain pulak. Ada juga pengendali yang berikan elaun harian jika masuk di hospital kerajaan saje. Ada bagi elaun mingguan bukan harian. Maka, perlulah korang memilih elaun harian ini di dalam medical card (tanpa perlu tambah 'add-on') yang boleh dapat jika dimasukkan dalam hospital kerajaan dan swasta sekaligus selama 200 hari atau 365 hari.
Contoh yang lain:
Pemindahan Organ 'Organ Transplant' - Kos pemindahan organ ditanggung sepenuhnya oleh pengendali termasuklah kos organ itu sendiri. Hati-hati kerana, ada pengendali menyediakan kos pemindahan organ tetapi bukan untuk kos organ tersebut. Pelan ini sangat baik kerana bila-bila masa saje kita memerlukan organ dalaman yang penting ini jika berlaku musibah yang tidak diingini. Kalau tak ada pelan ini dalam medical card korang, adakah korang sanggup meminta derma RM80k bagi menjalani kos pemindahan jantung dan organ jantung ni? berapa lama kena tunggu?
Contoh lain lagi:
Komplikasi Kehamilan 'Maternity Complications' - Kebanyakkan pengendali meletakkan pelan ini dibawah pelan khusus untuk wanita sahaja bukan didalam medical card. Pelan ini hanya aktif jika wanita itu berlaku komplikasi sahaja bukan kehamilan biasa. Ini kerana, tak ada satu pengendali pun yang menyediakan pelan untuk hamil atau bersalin sebabnya hamil atau bersalin ini adalah proses normal bagi setiap wanita-wanita yang bakal menjadi ibu.
Komplikasi ini dapat diketahui pada sebelum bersalin atau/dan selepas bersalin. Sebelum bersalin, didapati kehamilan itu adalah ketulan darah ataupun dipanggil mengandung anggur. Maka, perlu ada rawatan dan pembedahan untuk membuang ketulan itu dalam tubuh badan wanita itu. Maka, ini dipanggil komplikasi dan kos rawatan dan pembedahan itu ditanggung dengan memberikan pampasan. Bagi yang selepas bersalin pulak, didapati berlaku tumpah darah atau pengaliran darah yang teruk. Maka, ini juga dipanggil sebagai komplikasi juga.
PELABURAN DAN SIMPANAN
Pelaburan dan simpanan ini membawa erti yang berbeza. Pelaburan adalah duit yang korang nak simpan untuk mendapatkan dividen atau kelebihan-kelebihan lain. Simpanan pula adalah, duit yang korang bayar tiap-tiap bulan untuk medical card itu, ada sebahagiannya untuk simpanan sehingga suatu tempoh tertentu sebelum 100% duit bulanan itu dikira sebagai simpanan.
Ini tersangat-sangat lah penting kerana korang bukan bayar buta je malah korang menyimpan sambil membayar pelan medical card itu. Korang juga boleh mengeluarkan duit simpanan itu pada bila-bila masa dengan syarat tertentu. Untuk menggerakkan simpanan anda tinggi, maka korang perlu buat pelaburan untuk melonjakan simpanan korang. Kan ada dividen tiap-tiap tahun. Macam ASB lah. Tapi pelaburan ini mengikut Syariah Law. Dividen pun tinggi berbanding ASB korang. Korang kena cek mana pengendali yang boleh jamin pulangan yang tinggi. Ini kerana setiap pengendali berbeza urusannya.
Korang juga kena tahu, pengendali mana yang 'strong' dalam melaburkan duit dan simpanan korang tu? Bagus ke tak pengendali tu menjaga duit dalam tabung tabarruq tu? Sebagusnya pilih pengendali takaful yang 'join' dengan bank.
AGENT
Setiap pengendali takaful di Malaysia ni, kalau boleh tak nak bagi korang claim pun dan menggunakan tabung tabarruq tu. Tak nak bagi korang ambik duit, tapi duit korang bayar bulan-bulan tu mereka nak. Maka, korang seharusnya memilih agent yang boleh 'fight' kes korang utk claim ke apa ke.
Korang juga perlu mengenali agent tu terlebih dahulu dan macam mana gerak kerjanya. Adakah agent tu Full-Time atau Part-Time je? Carilah agent yang Full-Time yang mampu menguruskan kes korang. kalau tak mampu pun, agent tu mesti buat sampai mampu. Agent yang dekat dengan kita, akan membuatkan kita ni sebagai kawan karibnya. Dan sebagai kawan karib, semua yang berlaku atas kita, dialah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.
Berhati-hatilah dalam memilih agent, saya mengakui ada agent yang tidak bertanggungjawab. Ada yang menjanjikan bulan dan bintang tapi masa yang diperlukan macam-macam alasan. Cari agent yang bercakap benar dan berani walaupun agent itu baru menceburi bidang takaful ini.
Kesimpulan
Kriteria-kriteria berikut perlu korang teliti kerana korang bayar setiap bulan dan setiap tahun. Fahami sebaik-baiknya dahulu untuk keluarga korang. Dan saya tidak menyebelahi mana-mana pengendali takaful di setiap tulisan saya di atas tadi. Ini adalah kunci.
Dapat saya rumuskan disini, pilih pelan yang lengkap seperti Medical Card + Pampasan + Pelaburan + Simpanan + Sumbangan Percuma. Pilihlah medical card individu untuk 1 keluarga anda, BUKAN 1 medical card untuk keluarga. Boleh 'contact' saya jika memerlukan 'consultation' dan pandangan. Terima kasih.
*Mana yang baik datangnya daripada Allah, mana yang kurang datang daripada kelemahan diri saya sendiri.