Alhamdu lillah. Sekali lagi saya akan sampaikan panduan penting bagi korang yang masih tercari-cari pelan takaful yang terbaik.
Beberapa info dan tips yang perlu korang tahu iaitu "APA YANG SEPATUTNYA ADA DALAM PELAN TAKAFUL YANG PERLU ANDA TAHU".
Apa yang perlu ada dalam pelan takaful? Perlu ada mencari pelan lengkap 5 dalam 1 akaun untuk memenuhi keperluan korang sepanjang hayat iaitu:
i. Medical Card (Kad Perubatan)
ii. Pampasan
iii. Simpanan
iv. Pelaburan
v. Sumbangan Percuma
Medical Card (Kad Perubatan)
Kebiasaanya korang dapat temui kelebihan pelan dalam medical card ini dalam 'flyers' atau 'brochure'.
Dalam pelan medical card ni mesti kena ada enam (6) perkara seperti berikut:
a. Jika Anda Di Masukkan Dalam Hospital
b. Jika Anda Memerlukan Sebagai Pesakit Luar
c. Jika Penyakit Mengubah Kehidupan Anda
d. Jika Anda Dalam Situasi Kecemasan
e. Had Tahunan
f. Had Seumur Hidup
Penggunaan:
Penggunaan kad perubatan hanya di Hospital Panel / Hospital Pilihan / Klinik Panel sahaja sehingga umur korang 70 / 80 / 100 tahun.
Kaedah penggunaan kad ini ada seperti 'Pay & Claim' dan ada kaedah tanpa 'Pay & Claim'. (sila rujuk kepada agent)
Bagi kaedah 'Pay & Claim', tuntutan ini daripada 14 hari bekerja selepas 'original copy submission' sehingga 102 minggu.
Pengaktifan:
Pengaktifan untuk penggunaan medical card ni adalah selama 120 hari (4 bulan) iaitu 4 kali bayaran bulanan selepas daripada tarikh lulus polisi. Arahan ini dikeluarkan oleh BNM untuk semua pengendali Takaful di Malaysia bagi membendung penipuan dalam pengisytiharaan kesihatan oleh peserta. Walaupun begitu, pampasan sudah pun diaktifkan.
Keperluan:
Keperluan medical card ini ketika korang masih hidup dan ditimpa musibah bagi membiayai segala kos perubatan korang seperti:
a. Kos Rawatan
b. Kos Pembedahan
c. Kos Diagnosis
d. Kos Pemindahan Organ
e. Kos Bilik Wad, ICU, dan Penggunaan
f. Kos Sebelum & Selepas Penghospitalan
g. Kos Konsultansi
h. Kos Bantuan Perubatan Antarabangsa
Pampasan
Pampasan ini sering diceritakan kepada pelanggan dengan 'figure' yang tinggi. Oleh itu korang kena tahu apa itu pampasan.
Pampasan ini ada empat (4) bahagian besar iaitu:
a. Pampasan Kematian
b. Pampasan Penyakit Kritikal
c. Pampasan Kematian Atau Cacat Kekal Akibat Kemalangan
d. Pampasan Khairat Kematian
Penggunaan:
Penggunaan pampasan ini sehingga umur korang 80 / 100 tahun.
Kaedah penggunaan pampasan ini 100 % untuk tuntutan duit mengikut jumlah yang dipersetujui.
Kaedah tuntutan ini daripada 14 hari bekerja selepas 'original copy report submission' sehingga 102 minggu. Bagi pampasan khairat kematian pula daripada tempoh 4 hingga 24 jam untuk menampung pengurusan jenazah penama.
Pengaktifan:
Pengaktifan untuk pampasan ni diaktifkan seawal korang menandatangani borang beserta duit bulanan pertama lagi.
Keperluan:
Keperluan pampasan ini ketika korang telahpun meninggal dunia untuk membayar segala bebanan hutang, warisan dan sebagainya. Duit pampasan itu diserahkan kepada waris yang dinama kan oleh peserta takaful.
Simpanan
Ia dikenali sebagai simpanan takaful mengikut syariah compliance. Simpanan semestinya perlu ada dalam pelan takaful dan jarang sekali di ceritakan kerana ada pengendali takaful yang tidak melengkapkan simpanan ni dalam pelan mereka. Simpanan ni amat penting bagi mengelakkan polisi korang daripada 'lapsed' atau terbatal.
Penggunaan:
Penggunaan simpanan ini sehingga umur korang 80 / 100 tahun atau simpanan telah melebihi RM1,000 dalam akaun.
Simpanan ni adalah bertujuan untuk mendapatkan dividen setiap tahun (macam ASB) daripada jumlah yang disimpan dalam setahun tu. Akan tetapi ada pembahagian yang perlu diketahui dalam simpanan ini iaitu, pada tahun pertama sehingga tahun ke 6, hanya 40 hingga 80 peratus sahaja yang menjadi simpanan daripada jumlah sumbangan bulanan. Untuk tahun yang ke 7 dan seterusnya, 100 % akan menjadi simpanan.
Pengaktifan:
Pengaktifan untuk simpanan ni diaktifkan seawal korang menandatangani borang beserta duit bulanan pertama lagi.
Keperluan:
Keperluan simpanan ini ketika korang masih hidup untuk membiayai kos perjalanan haji, pendidikan anak-anak, dan sebagainya. Duit simpanan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan syarat akaun simpanan korang melebihi RM1,000 dimana RM1,000 tu disedut apabila korang tak dapat membayar sumbangan bulanan.
Dividen:
Dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya iaitu pada bulan Mac atau April.
Dalam tempoh lima (5) tahun ni, antara 2009 - 2013, dividen yang paling tinggi dicatatkan adalah 17 %, dan paling rendah adalah 9 %. Pada tahun 2013, dividen diisytiharkan sebanyak 15 %. (mengikut prestasi PruBSN Takaful)
Pelaburan
Pelaburan ni dikenali sebagai pelaburan 'syariah compliance unit trust'. Pelaburan ini adalah bonus untuk korang berpeluang meningkatkan pelaburan melalui dividen setiap tahun dan kelebihan-kelebihan lain. Unit pelaburan yang paling minimum adalah sebanyak RM500. Boleh melabur pada bila-bila masa secara sekali labur untuk setahun atau secara bulanan.
Penggunaan:
Penggunaan pelaburan ini sehingga umur korang 80 / 100 tahun.

Keperluan pelaburan ini ketika korang masih hidup untuk meningkatkan pelaburan dan sebagainya.
Dividen:
Rujuk dividen di simpanan.
Sumbangan Percuma
Sumbangan Percuma atau dikenali sebagai 'Contributor' ni, adalah rider tambahan yang seharusnya kena ada. Sumbangan Percuma ini bermaksud, pengendali takaful akan membayarkan sumbangan bulanan anda JIKA anda disahkan oleh doktor dalam 'report'nya mengalami cacat kekal 'disability' yang menyebabkan korang tak mampu bekerja dan menyebabkan korang tak ada 'income'.
Keperluan:
Keperluan Sumbangan Percuma ini ketika korang masih hidup untuk mendapatkan perlindungan percuma sehingga korang berumur 80 / 100 tahun. Dan korang layak menerima kelebihan dan segala simpanan daripada Sumbangan Percuma ini.
KESIMPULAN
Tips pemilihan pelan takaful ni perlu korang kuasai dan tahu selok beloknya. Maka, cari pengendali takaful yang terbaik dan agent yang mampu mengatur.
Saya tinggalkan rumus ini kt korang untuk memudahkan korang memilih:
Medical Card + Pampasan + Simpanan + Pelaburan + Sumbangan Percuma
=
5 Dalam 1 Akaun