Tanggal 11 Jun 2014, saya dan isteri beserta jurugambar RB Happy Momment (Ahmad Bastian Bin Abdul Manan), telah mengadakan satu pertemuan, perbincangan dan lawatan di Prince Court Medical Centre (PCMC) Kuala Lumpur.
Kami telah disambut oleh Pegawai PCMC, pada jam 11.30am. Seterusnya kami dibawa untuk melawat ke seluruh pelusuk PCMC (lagi gambar di bawah).
Catatan Ringkas Lawatan
1. Kami dibawa ke kaunter 'Admission & Discharge' dan diberi penerangan lengkap berkaitan kemasukan dan keluar hospital dengan menggunakan kaedah 'cash' ataupun 'medical card'.
2. Dibawa ke bahagian kecemasan 'emergency' serta pendaftaran.
3. Seterusnya ke tingkat 6, bahagian bersalin 'maternity'. Masuk ke bahagian bilik bersalin 'deliver room' dan wad bersalin.
4. Ke wad pediatrik (kanak-kanak), dan wad-wad lain.
5. Ke klinik-klinik khusus serta bahagian 'Burn Unit'. 'Burn Unit' ini hanya ada satu (1) saje di Malaysia.
6. Seterusnya ke Unit Fisioterapi. PCMC menyediakan kolam hidroterapi yang terbesar di Malaysia.
Catatan Perbincangan
Membincang dan mengesahkan dalam perkhidmatan perubatan dan BUKAN perubatan yang disediakan oleh PCMC khas untuk pemegang 'medical card' PruBSN Takaful
Antara yang disahkan oleh pihak PCMC adalah:
1. PCMC adalah salah satu panel (Hospital Terpilih) untuk pemegang 'medical card' pelan HealthEnrich Premier & Advance.
Antara kelebihan-kelebihannya ialah:
- Layak menginap di bilik suites yang bernilai RM1,288 (Suites) selama 365 hari
- 'Personal Medical Attendant' atau Jururawat Peribadi yang bernilai RM200 sehari selama 365 hari
- Deposit hospital diketepikan (tak perlu bayar deposit)
- Layak dapat perkhidmatan BUKAN perubatan seperti : Kit kemasukan hospital, Televisyen, Internet , Surat khabar harian, Tempat letak kenderaan valet, Tambahan tilam untuk penjaga, 'Concierge' dan lain-lain.
2. Segala jenis perubatan seperti rawatan, prosedur pembedahan, surgeri, rawatan harian dan lain-lain ditanggung sepenuhnya oleh PruBSN Takaful termasuk yang paling terbaru adalah 'take home drug' atau ubat-ubatan yang dibawa pulang juga ditanggung oleh PruBSN Takaful.
3. Cara-cara serta prosedur kemasukan dan keluar hospital dengan cara yang tepat dan menjimatkan masa.
4. Pakej-pakej yang tersedia ada oleh PCMC termasuk pakej bersalin. Harganya saya diberitahu dalam RM6,000.00
Kesimpulan
Ini adalah catatan ringkas dan gambar pun tak diupload sepenuhnya di dalam blog ini. Bagi pendapat saya, jika korang menginginkan keluasan dan keselesaan ketika di hospital dan peralatan perubatan yang hampir lengkap setaraf dengan negara luar, datanglah ke PCMC kerana hanya PCMC mempunyai keluasan bilik wad yang terbesar di Malaysia yang berkonsepkan hotel 5 bintang.
Jika korang menginginkan pelan perubatan yang terbaik daripada PruBSN Takaful, hubungi lah saya dan saya akan 'assist' korang hingga akhir hayat kami.
Harga Bilik PCMC
Wad Junior Suites (RM 600)
Wad Suites (RM1,288)
Wad Standard ( RM 220)
Klinik